Saturday, 30 April 2011

KEK COKLAT INDULGENCE

Khamis baru2 ni bday ank buah yang di Sabah.Kebetulan masa 2 dorang 2 famili btandang ke umah lin.Jadi bmula projek m'baking lin.2 ari baru ni siap.Mousse coklat putih 2 kena wat awl sehari.Deko  kek 2 lin wat yang simple2 je...jom kite layannnn resepi kek 2...Tq kpd kak puteri manja.lin amik dr die...cygggg kak puteri





INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRIv
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR


TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.






Wednesday, 27 April 2011

ORANGE CUPCAKE

RANGE CUPCAKE(MEM BESAR)

3bh telo-asingkan kuning n putih
3/4cwn gula kastor(1/2cwn kurg manis)
1 1/4cwn tepung gndum
1sd teh baking powder
1sd besar susu pekat
1/2cwn minyak
1sd teh emulco oren
pewarna

pukul putih hingga gebu.masuk gula sikit2 pukul lg hgga kaku.masuk kuning telo.pukul.masuk tepung yg diayak dgn baking powder.gaul.masuk susu,minyak,emulco dan pewarna.gaul sebati.sudukan masuk ke dlm papercup.1/2 je.bakar suhu 170-180 selama 15-20mnt.


Tuesday, 26 April 2011

BUN...BAN...BIB

Meh kite ramai2 wat roti.jimat.xpyh beli.lgpn zaman skrg ni ada je barang yang x halal terdapat dalam makanan kita.tepung la...telo tiruan la..haishhh...seram pulak dgr.dgn resepi asas roti ni kita bole ltk mcm2 inti.Tuna..sardin...sosej..kacang merah...kaya...ikut citarase anda.wat pizza pn bole....huhuhu...jom kita layannnn


200 gm tpg gandum
300 gm tpg high protin
250 ml susu segar(air suam+5scoop susu tepung)
50 gm shortening/planta
11 gm/sepeket yis segera
100 gm gula
1/2 sdt salt
1/2 sdt bread improver
1/2 sdt bread softener
1bji telo(dipukul)

campurkan yis,gula hgga naik(buih2) ke dlm susu.gaul tepung dgn garam,shortening,improver.softener.masuk telo dgn susu.Uli hgga licin.tutup dgn kain lembab.tggu biar kembang.dah kembang tumbuk kasi kuar angin.bentuk n ltk inti.tggu biar skali lg naik.bole bakar.sapu majerin@susu segar+telo ats roti supaya kilat cantik.15-25mnt bakar suhu 170-180c.selamat mencuba









FAMOUS AMOS CHOC CHIPS COOKIES

resepi amik dr KR..mula2 buat die jd leper je bila bakar.tapi sedap.lin ubah sikit resepi die.tambah tepung jagung n cornflake kisar.Time raya bdk2 dtg umh mesti balun biskut ni dulu.anak2 pn suka..

2 cups butter 
4 cups flour 
2 tsp. baking soda 
2 cups granulated sugar 
2 cups brown sugar 
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder) 
24 oz. chocolate chips 
1 tsp. salt 
18 oz. Cadbury bar (grated) lin pakai coklat masak je.cairkn dulu
4 eggs 
2 tsp. baking powder 
3 cups chopped nuts (your choice) 
2 tsp. vanilla 
1cwn cornflake kisar
1/2cwn tepung jagung

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. 

Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.. 

Bake for 10 minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies..





Monday, 25 April 2011

TAT TELURKU

Tekak ni nk makan sgt2 tat telo.Walaupn dlm mood malas gitu ku tetap buat.resepi dah ada lama dah.mula la projek m'baking.adun2 pastri tat ku canaikan lebih kurang bulat je.letak je dlm tray cupcake.Hasben pulak sibuk menanye wat ape 2 yang oii...emmm mesti boring la 2.mlm2 buta wat tat telo.huhuhu.rupa je nampak x senonoh tp...tp...tpkan sedapnya....hasben mula2 2 xnk jd nak.pas satu satu amik mkn.siap bwk tmpt keje lg..haishhh..tup3x ada pulak yg taye wat jual ke...apa2 pn jom kite redahhh wat tat telo


TAT TELUR

bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur
bahan utk filling : 1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence
Cara-cara

Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
Masukkan butter. Sebatikan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
Selamat menjamu selera!


RESEPI ANEKA MOUSSE

MASCARPONE MOUSSE

Bhn2:
60gm gula
1cwn air
1sd  besar gelatin
2bj kuning telo
150ml krim UHT
1sd teh kulit lemon-diparut

rendam gelatin dlm air hgga larut.masakkan dgn gula sebentar.tutup api.biarkan sebentar.tuang ke dlm mangkuk berisi kuning telo dan pukul hgga bkrim.apabila suam,campurkan keju mascarpone sikit demi sedikit.gaul sebati.dlm bekas lain putar krim UHT dgn kelajuan tinggi hgga kembang.isi campuran keju dan kulit lemon.kacau sekata.


COFFEE MOUSSE

Bhn2:
40gm gula
1cwn air
4bj telo(gred A)
2gm serbuk kopi segera
300gm dark coklat
400ml krim UHT
50gm-sebarang kacang dicincang
1sd besar gelatin

masak gula dan air hgga didih.tutup api.msukkan gelatin.pukul telo hgga bkrim masuk adunan gula td.cairkn coklat dan kopi segera cara double boiler.tuang coklat cair ke dlm adunan telo.kacau sebati.putar krim UHT dgn kelajuan sederhana hgga kembang.campurkan dlm adunan coklat.gaul sekata.masukkan kekacang.gaul sebati.


STRAWBERRY MOUSSE

Bhn2:
300gm puree strawberi(selalu pakai filling/inti je)
80gm gula
1 1/2 sd besar gelatin
15ml kordial strawberi
300gm krim UHT

panaskan filling double boiler.masuk gula.kacau sebati.masukkn gelatin dan kordial.kacau lg.ketepikan.putar krim UHT hgga kembang.masuk ke dlm adunan td.kacau sekata.

MANGO MOUSSE

Bhn2:
250gm cream cheese
100gm gula
200gm puree mango(pakai filling je)
1cwn air
2bi kuning telo
1sd besar gelatin
180ml krim UHT

masak gula dan gelatin dgn secawan air.kemudian tuang ke dlm mangkuk berisi kuning telo.pukul hgga bkrim.pukul keju krim hgga lembut.campukan puri mangga.gaul sekata adunan mangga dan campuran kuning telo.putar krim UHT hgga kembang.masukkan ke dlm adunan td.gaul sekata.

WHITE CHOCOLATE MOUSSE

Bhn2:
200ml susu segar
1sd teh esen vanila
80gm kuning telo
25gm gula
1 1/2 sd besar gelatin
200gm coklat putih
700gm krim UHT-diputar

cairkan coklat putih double boiler.didihkan susu dan esen vanila.tuang ke dalam kuning telo.pukul hgga bkrim.masukkan gelatin biar hgga larut.masuk coklat putih.kacau sebati.putar krim UHT hgga kembang.campurkan ke dlm adunan td.gaul sebati.

RASPBERRY MOUSSE

Bhn2:
210gm puree raspberry
105gm gula
1 1/2 sd besar gelatin
335gm krim UHT-diputar

Masak dan gaul sekata puri raspberi dan gula.masuk gelatin.kacau hgga larut.tutup api.putar krim UHT hgga kembang.campurkan ke dalam adunan.gaul sebati

BLUEBERRY MOUSSE

Bhn2:
300gm puree blueberry(pakai filling je)
80gm gula
50ml air
1 1/2 sd besar gelatin
250ml krim UHT

panaskan secara double boiler puri blueberri.larutkan gelatin dlm air.masuk ke dlm puri td.kacau sebati.putar krim UHT hgga kembang.campurkan ke dlm adunan td.gaul sebati

Sunday, 24 April 2011

KEK KARAMEL

Kek ni mmg top d wall Kongsi resepi.tuan puye resepi ni x lain kak munira baharum...baca resepi die mmg nmpk mcm susah je nak buat.kena katam dulu baca betol2 resepinya.dah confident n semangat nak wat jalanknlah projek m'baking anda.Rugi kalo x wat...


bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...


RESEPI KEK SPAN

Resepi ni lin amik dr blog mat gebu...


N-BAHANNYA :-)
160 gram gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan...


Yang ni pulak dr kak long lyn.resepi ni lin dh cuba wat...memang sdp.bole tambah apa2 emulco@paste@perisa dlm adunan kek ni.lin pulak pakai resepi ni wat chocolate banana cale.k.long lyn mintak halal ye..

bahannye;
BAHAN-BAHAN
130gm tepung kek (1 1/2 cwn)
130gm gula kastor (1cwn kurangkan manis)
5 biji telur (Grad A)
15ml ovelette (1sd besar)
80ml minyak atau marjerin cair (3/4 cwn)
jem bberry~untuk melapis kek
5ml baking powder (1/2 sd kecik)
pewarna oren~perasa oren + 2sudu besar oren sunqick
pewarna pink/merah~perasa s/berry
pewarna ij0~perasa pandan

CARA
1. Satukan tepung kek, gula kastor, telur dan ovelette dalam mangkuk adunan dan pukul laju selama lebih kurang 5 minit~jgn masukkan pewarna
2. Pukul sampai betul2 pekat n likat
3. Tuang minyak / marjerin cair kedalam adunan pukul lagi 3minit
4. bahagikan adunan kepada 3 bahagian ~merah , oren n ij0
5. Tuang satu adunan berwarna ke dalam tin pembakar, bakar selama 15-20 minit dengan penasan 170c ikut oven masing2.
6. Kek nie kene bakar selapis selapis taw!
7. Dah siap masak semua..lapiskan selapis selapis dengan jem tadik
8.Hiaslah ikut suka :)

CHOCOLATE BANANA CAKE ALA2 SECRET RECIPE'S

Tentu yg ramai suka mkn kek d secret resepi kan..salah satu yg menjadi kegemaran costumer adalah chocolate banana kek.Aku pulak dsebabkan suka sgt mencuba resepi jadi kubuat kek tersebut hari ni.Lepas dh x pyh pegi secret recipe's lagi.Buat  sendiri mkn sampai buncit...ngahahahhh.Resepi ni aku skodeng2 kat blog sape ntah.X igt la...apa2 pun terima kasih la tuan punye resepi ni.Mintak izin lin copy di sini ye...Anak aku pulak pantang nmpak kek yg ada ganache coklat ni..abis dekat bowl yg ada ganache dan jugak mousse coklat dkikis2kannya dgn sudu mkn...selamat mcuba...



CHOCOLATE BANANA CAKE
Bhn2 sponge cake..
250 gm tepung optima
6 bj telur A
60 ml air
1 sdb coklat emulco
170 gm gula castor
60 gm mentega - dcairkn

Cara2nya..
1. Pnskn oven 180C n sapu mentega pd loyang 9 inci n lapikkn dgn kertas minyak.
2. Masukkn semua bhn2 kecuali mentega yg tlh dcairkn n pukul dgn kelajuan tinggi shingga gebu.
3. Akhir skali masukkn mentega, kacau dgn spatula n bakar slama 25 mnt ato shingga masak.
4. Keluarkn n sejukkn ats jaringan n sejukkn pula dlm peti sejuk dlm 1 jam.

Bhn2 chocolate mousse..
375 gm whipping cream
1 1/2 sdk esen vnla
1 1/2 sdb serbuk gelatine - campur dgn 6 sdb air n pnskn dlm microwave slama 20 saat
75 gm serbuk koko + 120 gm gula icing - gaul rata
2 sdb +  coffee expresso + 2 sdb air pns - gaul rata(lin ganti dgn nescafe)

Cara2nya..
1. Pukul whipping cream shingga gebu kemudian masukkn sume bhn2 utk mousse n pukul lg sampai rata.

Bhn2 chocolate ganache..
35 gm serbuk koko
50 gm gula castor
150 gm whipping cream
80 gm chocolate - dcincang
30 gm mentega

Cara2nya..
1. Masukkn sume bhn2 dlm periuk kecil n masak scara double boiler. Masak shingga ganache pekat n sejukkn sblm dtuang ke atas kek.

Bhn2 banana coklat..
4 bj pisang berangan@montel - hiris stebal 3 cm
2 bj pisang - hiris nipis - utk hiasan

Cara2nya..
1. Potong kek kpd 2 bhgn. Sapu rata 1/3 mousse ke atas lapisan bwh kek.
2. Susun hirisan pisang sampai memenuhi keseluruhan kek.
3. Sapukn 1/3 mousse lg ats susunan pisang shingga rata. Kemudian lapiskn dgn satu lg lpsn kek. Sapu baki mousse td pd seluruh bhgn kek n masukkn dlm peti sejuk dlm 1 jam ato shingga mousse keras.
4. Tuang coklat ganache td n biar mgalir scara semula jd. Hiaskn dgn coklat putih n hirisan pisang mgikut kreativiti msg.






Yang telah dipotong...jemput makan semuaaaa...

Tuesday, 19 April 2011

APAM OHHH APAM

Kali apam eno pulak.dr kecik smpai skrg suke sgt makan apam..apam ni byk jenis.ada yang pakai nasi sejuk...ada yang pkai tapai nasi...ada yang pakai tepung je...apam nasi,apam tepung beras,apam gula hangus,apam marmar,apam ambun....haishhh byk lg la...kalo aku mmg apam eno n apam nasi la yg jd feberet.kalo ada nasi lebih je msti wat apam.x pn aku wat tapai...apam...apam...apam...badan pn dh jd mcm apam...huhu.Mana taknya sampai dlm pantang pn aku bekpes mkn apam....apa2 redahhh jeeee....

Apam Eno
1cwn tapai nasi
1cwn gula
1paket  tepung beras (cap teratai)
3cwn air
2paket biru eno

blender sume bhn kecuali eno hgga halus.perap 8jam.sediakn kukusan.campurkan eno dlm adunan.gaul sebati.isi dlm acuan.kukus dgn api yg besar selama 10mnt gitu.pastikan air btol2 mendidih.


Apam Nasi
1cwn nasi sejuk
1cwn tepung gndum
1cwn tepung beras
1cwn gula pasir
1sd teh mauripan
1paket eno

Blender bhn2 kecuali eno hgga halus.perap 1-2jam.nak kukus letak eno.kukus selama 10-15mnt

Apam Pisang
4bj telo(dipukul sikit)
1cwn gula
6bj pisang
2cwn tepung gndum
1sd teh baking powder
1sd teh soda bikarbonat
garam
3/4cwn minyak

Lecek pisang bersama gula.msukkn mnyak.kacau sebati.msukkn bhn2 lain.adun sebati.kukus hgga masak.

RESEPI KEK BUAH

Kek buah
6bj telo-asingkan putih n kuning
1cwn gula aising
2cwn tepung naik sndiri
1sd teh esen vanila
1cwn majerin
1kotak kecil mix fruits

pukul majerin dan gula hgga kembang.msukkan esen dan kuning telo.dlm bekas yg lain pukul putih telo hgga btanduk(meringue).msukkan ke dlm adunan majerin td.msukkan tepung.kmudian masuk mix fruit kaup balikkn.bakar 170-180c selama 1jam@hgga msk

KEK BZDAY ANAK

Ari ahad baru2 ni wat la mkn2 sikit kat umh.xmcm tahun2 lepas jmpt bbdk kat taman ni.walaupn kecil tp bujet kali ni besar woooo...BBQ.ada chicken wing,grill meat,grill mustard chicken,bowtie carbonaro,special baked potatoes n carrot...

Disebabkan xde tmpt BBQ ptg tu ku ajak hubby g giant beli...beli yg murah2 je.x sampai rm100.Dlm pegi giant 2 ada plak kwn hubby order 2 bj kek coklat moist...fuhhhh...xkan nk tolak kan...ku terima jgak order 2.Apalagi kelam kabut la capai je tmpt BBQ,arang,fire starter terus g bayar.Bgegas pula pegi kedai bakery beli brg2 kek coklat moist...

Sampai je umh start la projek memasak aku..mcm lipas kudung aku wat keje...huhu....hubby aku pulak tkial2 pasang tmpt BBQ.Hidup je api aku ltk la ayam dan daging yg tlh kuperap 24jam...pesan dgn hubby tlg tgkkn...nak wat keje ni kat dapur...dgn senang ati ku pegi ke dapur menghabiskan keje aku...

Siap je keje mmasak aku,mgemas umh pulak.ku keluarkn pinggan n gelas.pegi jengah ape jd dgn aym n daging aku....waaaa....hubby aku x balikkn hangus sikit...sabo jelahhhh...
dh siap2kan ank2 aku mdeko kek pulak...rainbow kek...resepi ni dpt dr kwn fb...tq kak jue...bzday boy mnt thomas n frenz..jd kuhias kek dgn koleksi thomas die


RESEPI FUDGE BROWNIE

Fudge brownie
1cwn butter-cairkan
1cwn serbuk koko
1 3/4 gula kastor
1sd teh esen vanila
4bj telo
1/2 sd teh garam
1 1/3cwn tepung gndum
1sd teh baking powder

Dalam 1 bekas kacau sebati butter cair dan serbuk koko.msuk gula,esen,telo kacau lg...
msuk sikit2 tepung dan juga baking yg tlh diayak...bakar 170-180c hgga msk

Monday, 18 April 2011

RESEPI CHOC CHIPS MUFFIN INTI COKLAT CADBURY

uffin choc chips inti coklat
2cwn tepung naik sndri
1/4cwn minyak
1/2 sd teh garam
3/4 gula kastor
1 bj telo(dipukul sikit)
1cwn susu segar(air+5 scoop susu tepung)
coklat chips
potongan coklat bar

Dalam bekas besar cmpr tepung,garam,gula.gaul sebati.buat lubang d tgh2.satukan
bhn2 basah.masuk ke dlm bhn kering.guna senduk,spatula@whisk sebatikan adunan td.jgn lbh 15saat kacau.
nnti adunan jd mendap.ltk 3/4 dlm paper@bks muffin.bakar suhu 200c utk dptkn merekah di atas.bakar selama 15-20mnt

resepi ni adalah asas...bole tukar mcm perase dan juga inti

RESEPI KEK PISANG TANPA TELUR

Kek pisang tanpa telur
8bj pisang berangan
1cwn gula pasir
1cwn minyak
3cwn tepung gndum
3sd teh soda bikarbonat
1sd teh esen vanila@pisang

Lecek pisang bersama gula.msuk minyak.gaul sebati.masuk esen.msuk tpg dn soda.bakar hgga masak

RESEPI VANILA SPONGE CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
160 gram gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan...

Sunday, 17 April 2011

RESEPI COKLAT GANACHE

Coklat ganache 1
120ml whip cream
150g dark coklat-dipotong kecil2
20g butter

double boil whipping cream suam2 kuku.matikan api.alih dr air.msuk coklat dan butter.kacau hgga sebati
kalo nk hias buat bunga@corak lain simpan dlm peti smlman


Coklat ganache 2
300gm whip cream
600g coklat masak-dicincang
1/2 cwn sirap glukos/madu
2sd teh butter

panaskan krim putar hgga hmpir didih.curahkan ke dlm mangkuk berisi coklat.biarkn sebntar.kacau hgga sebati.
msuk sirap glukos@madu.akhir sekali msuk butter.kacau sebati

RESEPI CREAM CHESSE FROSTING

ream chesse frosting 1
250g cream chesse
125g butter
120g gula icing-diayak
1/2 sd teh perisa lemon

putar krim keju hgga lembut dan tidak berbintil.msukkan butter.putar lg.msukkan gula aisig dan perisa lemon.putar hgga kembang



Cream chesse frosting 2
250g cream chesse
1cwn gula icing
1 1/2cwn butter

pukul sume bhn smpai 1x ganda

RESEPI BUTTERCREAM

Buttercream icing(Mem Besar)
1/2cwn butter-suhu bilik
1/2cwn shortening
4cwn gula icing-diayak 2x
1 sd teh esen vanila
4-5sd bsr susu pekat
garam

pukul shortening n butter.kmudian masuk icing,garam dan susu pekat
pukul hgga kembang

Buttercream(norli atan)-steam buttercream,bunga ros
100g gula icing-ayak 2x
350g krimwell
150g shortening
40g butter
90g susu pekat

satukan sume bhn.pukul kelajuan plahan selama 1mnt.
kmudian pukul kelajuan sederhana.pukul lg hgga kembang.bila dh kembang msuk susu pekat
pukul sebentar.

Buttercream 1
500g krimwell
200g shortening
160g gula icing-ayak 2x
2 sd bsr susu pekat
1sd teh esen vanila
1/2 sd teh butter oil

Buttercream 2
50g butter
450g krimwell
300g sirap gula
1sd besar susu pekat
1sd teh esen vanila
1/2 sd teh butter oil

Friday, 15 April 2011

RESEPI VANILA MUFFIN(ALA-ALA KENNY ROGERS)

8 tbsp butter,dicairkan...(guna marjerin aje)
...4 cwn tepung gandum
2 cwn gula castor...kurangkan kalo tk suke manis..
2 cwn susu segar..kalaui guna susu tepung......sukatannye 2 cawan + 10 scoop
4 tbsp baking powder...rate kan aje
1 tsp garam
2 bj telur
vanila
*campurkan semua bahan kering,
telur dipukul perlahan,cmpurkn susu,butter
cmpurkn dengan bahan kering tadi.
bakar pada 180 -20 min (bakar 200 untuk mfin merekah)..BAKAR API ATAS DAN BAWAh

punye le senang kek ni...bancuh macam cekodok je..

****harus diingatkan struktur muffin tak same ngan cupcake yerr..

RESEPI KEK MARBLE SUSU

KEK MARBLE


"Kek MarBLe"...1adunan wat 2loyang,small size lah..ni yg 1st..resepi kat bwh..resepi dr CMG Mat Gebu


Bahan-Bahan
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*(tpng gandum pun boleh..tapi tpng halus lagi best)
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco
Cara membuatnya
1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
3. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Saya bakar 45 minit, bergantung pada oven masing2 ya.
6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

RESEPI TAT TELUR

bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur
bahan utk filling : 1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence
Cara-cara

Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
Masukkan butter. Sebatikan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
Selamat menjamu selera!

RESEPI CISTAT

BLUEBERRY CHEESETART
Bahan A (tart shell):
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 biji telur size B
1 sudu kecil esen vanila
250 gm tepung gandum

Cara membuatnya:
Ada 3 cara utk mengadunnya. Boleh pilih salah satu yg berkenan.
1) Cara seperti buat biskut.
2) Cara buat pastry: Campur tepung, gula & mentega, gaul dgn jari jemari jadi mcm serbuk roti dan masukkan telur serta esen vanila yg telah dikacau terlebih dahulu dgn garfu, adun sebati jadi doh.
3) Cara mudah.. campur kesemua bahan & pukul sehingga menjadi doh & tak melekat di jari(guna heavy duty mixer). Jangan terlalu lama, cukup sebati sehingga jadi doh sj.
- Rehatkan 10 minit. Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart, jangan terlalu nipis nanti mudah pecah & jangan terlalu tebal sebab ditakuti masak tak sekata & tak sedap di makan. Kemaskan/scrap tepinya. Susun dalam tray & bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing2 . Sejukkan dahulu sebelum isi fillingnya.
Pastri tart yg dah masak ini boleh di simpan dlm bekas kedap udara sehingga sebulan. (saya pernah simpan sebulan lbh pun masih ok.. asalkan ia masak elok keperangan)


Bahan B (untuk filling):
250 gm keju krim
60 gm gula ising
20 gm mentega
1 biji telur size B

Hiasan :
Blueberry filling/jem.
Boleh jg sekiranya inginkan perasa lain spt manggo, strawberry dll

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan pukul sehingga sebati, licin & berkrim. Masukkan telur dan pukul sebati sj. Kemudian bolehlah sudukan dalam tart shell diikuti sedikit blueberry. Lorekkan sedikit dengan lidi untuk membentuk corak yang dikehendaki. Bakar dengan suhu 160°c selama 10-12 minit.

selamat mencuba.

Thursday, 14 April 2011

RED VELVET CAKE

Bagi mereka yang suka wat kek...pasti kek ini salah satu yang x bole miss..Lak2 ketuha-ketuhar yg ada dlm malaysia...RVC tgh meletop-letop...yeke????xde lah...kat luar negara pun sama sbb RVC ni adalah 'the winning award cake'...
Selain dr namanya yang anggun..kalernya cukup unik dan cantik.bole memukau sesiapa yang memandang.Rasanye pn sdp.Agak kelainan sikit dari kek2 yang lain...terasa manis lemak ada rasa coklat sikit.Teksturnya yang gebu,lembut dan moist.Salah satu bhn yang d'gunakan adalah 'buttermilk'.Kemudian d'layer dan d'topping dgn cream cheese frosting....terangkat bebbbb....!!!!cuba jan x cuba tau..rugiiiii!!!!


Red Velvet Cake

Bhn A
2 1/2cwn tpg gandum
1sd teh baking powder
2 sd bsr serbuk koko
*diayak bersama

Bhn B
1cwn buttermilk(1cwn susu segar+1sd bsr cuka..biar 10mnt.nak pakai kacau)
2sd bsr pwarna merah(lin pakai merah+pink)

Bhn C
1/2cwn butter
1sd teh vanila
1 1/2cwn gula kastor
2bj telo

Bhn D

1sd teh cuka
1sd teh sodabikabonat
*campur dln cwn kecil.cuka tuang ats soda.kacau sampai buih.tuang cpt2 dlm adunan)

1.pukul butter 2mnt.msuk gula pukul 3mnt.msuk esen pukul lg.msuk telo satu persatu.msuk bhn A selang seli dgn butermilk yg tlh dcampur dgn pwarna..msukkn bhn D.kaup balikkn.
2.griskn 2 loyang 9@8inci.bakar 160-170c 25mnt.


Cream Cheese Frosting
250g cream cheese
1cwn gula aising-diayak
1 1/2cwn butter
*pukul sampai 1x ganda

Kat bwh ni pic kek velvet yg org tempah








APAM POLKADOT

Merata-rata dh org wat dan mkn apam ni.mgkn sbb comel dan juga kecil.Rupanya ala-ala muffin,cendawan,rumah'smurt'....hehe...ada juga yg pggl apam dot...dot...dot...ada mcm-mcm inti/filling...unik kan???Dgn pelbagai warna n inti sesuai dijadikan hantaran...cantik...tidak hairan la ada juga jadikan apam ini sumber pendapatan sampingan@tetap...so apa lg anda cuba la sendiri.pasti anda akan suka lbh2 lg kanak-kanak..


Apam polkadot



3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya mudah sesangat :

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
Bahagikan kepada beberapa mangkuk & campurkan pewarna ikut suka.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
'Pipe'kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan aluminium (acu utk buat pai) atau acuan muffin hingga separuh penuh.
Isikan filling kesukaan.
'Pipe'kan lagi sedikit adunan apam hingga 3/4 penuh.
Masukkan sedikit adunan tanpa warna ke dalam plastik yg lebih kecil dan potong hujungnya. 'Pipe'kan dot-dot kecil di atas adunan yg telah siap.
Kukus menggunakan api sederhana besar selama 10-15 min.
Angkat dan sejukkan apam. Simpan dalam bekas bertutup supaya kekal 'moist'.
Beberapa TIPS membuat Apam Polkadot :

* Pastikan telur yg digunakan adalah dari peti sejuk bagi mendapatkan adunan yg gebu.
* Buang 'tali' pada telur untuk mengelakkan bau telur yg terlalu kuat.
* Jangan kukus dengan api terlalu besar, nanti apam akan pecah dan filling terkeluar.
* Bagi mengelakkan filling jatuh ke dasar cup semasa dikukus, pastikan adunan cukup gebu, lakukan kerja menge'dot' dengan cepat sebelum filling perlahan-lahan jatuh ke bawah, letakkan filling secara melintang dan kukus adunan dengan sesegera yg boleh.
* Gunakan api besar pada 1 minit pertama dan kemudian kecilkan kepada api sederhana sehingga masak untuk mendapatkan bentuk dot yg sempurna.
* Apam yg disimpan dalam tupperware boleh disimpan selama 1-2 minggu dalam peti sejuk. Cuma kukus semula bila-bila nak makan.





Wednesday, 13 April 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (as guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
2 sdb fresh milk

CARA MEMBUATNYA :-

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

biarkan sejuk dalam peti ais supaya senang nak potong selama 45 min sebelum
dipotong

OREO CISKEK(X BAKAR)

No-Bake Oreo Cheesecake
(Wardah Berduri)
Ingredients
Biscuit Base
300gm Oreo cookies
80gm butter
round springform baking pan (8 inch X 8inch X 2.5inch)

Cream Cheese Mixture
500gm cream cheese
1cup fine sugar
250ml double whipping cream (thickened cream)
1/3 cup of lemon juice
4tspn of gelatin powder
1/4cup hot boiling water
1tspn vanilla essence

Preparation
Biscuit base
1. Microwave the butter for 40 to 60secs. Cool to room temp.
2. Remove the cream frm the Oreo cookies. (do not throw the cream). Crush the Oreo cookies to fine crumbs.
3. Mix crumbs & butter thoroughly.
4. Cover the base of the pan with aluminium foil. Spread the biscuit crumbs on the springform pan evenly & firmly.. Refrigerate for 30mins.

Cream Cheese Mixture
1. Dissolve the gelatin powder in the hot water. Add in the lemon juice & stir the mixture. Cool to room temp.
2. Beat the cream cheese, sugar, the cream frm the Oreo Cookies & vanilla essence until creamy.
3. In a separate bowl, beat the whipping cream till smooth..
4. Whip the 2 mixture together till fluffy. Add in the lemon juice mix & stir thoroughly. To add a crunchy texture to the cake, u can also throw in chopped Oreo cookies as u stir the mixture gently.

Final preparations :
Pour the mixture over the biscuit base, sprinkle some finely crushed Oreo cookies on top of cake & refrigerate for at least 6hrs or overnight.. Ready to serve babes!!

BLUEBERRY CISKEK(X BAKAR)

Blueberry ciskek(x bakar)


Chilled Strawberry Cheesecake (Wardah Berduri)


recipe adapted from Blueberry cheesecake Kak Sasha but i substitute the blueberry with strawberry topping instead... :)) TQ darling...luv u as always!!



NO-BAKE BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan
1 cwn biskut hancur (biskut marie)
1/3 cup mentega, dicairkan (kt microwave pun boleh)
500 gm cream cheese (biarkan pd suhu bilik)
2 sudu teh gelatine yg dilarutkan dgn 1/4 cwn air panas (yg betul2 panas...br lepas mendidih gitu)
Susu pekat (400gm)
1/3 cwn lemon jus
2 sudu besar parutan kulit lemon
Blueberry topping


Cara2nya

Campurkan biskut yg hancur dgn mentega cair dan tekan2 & padatkan pada base loyang springform tin dan sejukkan dlm fridge..

Pukul cream cheese sampai lembut, masukkan larutan gelatine, susu pekat, lemon jus dn parutan lemon. Pukul smpi adunan sama rata.

Tuangkan kat atas base yg dh kita sejukkan tadi....lepas tu simpan balik dlm fridge semalaman. Pastu tuang blueberry topping tuh on top of the cake..agak2 lah eh when using the topping, kang manis plak!! ekekeke...

Tuesday, 12 April 2011

RAINBOW KEK

rainbow kek..
bhn2..
shortening - ni tuk sapu2 kt loyang aje..
3 cwn tepung serbaguna
4 sdk baking pwdr
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor
5 bj putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vnla
1 1/2 cwn susu segar - suhu bilik
pwrna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

cara2..
1.ayakkn tepung, baking pwdr n garam - letak tepi jap.
2.pukul butter n gula smpi kembang n gebu2 tau hehehe..
3.pastu masuk telur putih cket2 pukul lg smpi sebati n gebu gak.
4.pastu esen vnla pulak..pukul lg..
5.pastu masukkn tepung bergilir2 dgn susu, selang seli..mula2 masuk tepung gilir2 tp yg terakhr susu..kiranya tepung susu tepung susu tepung susu las skali susu ok..pastu gaul2 biar sebati. 
6.dh siap gaul bhgkn sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk n setiap mangkuk tauk 1 kaler2 td..pastu gaul sampi kaler tu sebati.
7.pastu bakar satu2 pake loyang 8 inci ato 7 inci..jgn pake loyang besar nti kek nipis..bakar 170c dlm 10 mnt aje..bakar smpai abis 6 loyang tu pastu sejukkn ats rak dawai..dh siap keknya..tinggal nk hias aje
8. hiasnya guna whipping cream yg dh manis tu, beli kt kedai bhn kek..tuangkn whipping cream tu dlm mixer n pukul smpi btol2 gebu n naik kembang skali ganda ato nk pakai buttercream ato creamcheese pn bole..
9.dh kembang, letak kek wrna ungu bwh skali..ikut urutan ya..stat dr bwh ungu, biru, hijau,kuning, oren n ats skali merah..
10.letak kek wrna ungu kt papan kek, pastu tauk whipping cream n sapu rata pd kek..pastu tauk filling kiwi 2 sudu (x tauk pn xpe)..tauk cmtu2 aje xyah rata pn xpe..pastu letak pulak kek wrna biru n buat same mcm kek ungu td..buat smpi abis..
11. bile smpi kek merah iaitu kek yg ats skali, mase tu balut sume bhgn badan kek tu n ratakn..
12. dh rata hias la kretiviti msg2 ya...

RESEPI CHEESE CAKE

Blueberry ciskek


The kids would love this. It’s so easy to prepare aka kacang mamak
Ingredients / Bahan-bahan : ( no kacang mamak needed)
10 pieces / 50g biscuits crushed
125 g butter – melted
250 g ( 1 small pack ) TJA SUPERIOR CREAM CHEEZ – softened
1 cup castor sugar
3 eggs
1/2 cup Tja sour cream
2 tea/spoon vanilla essence + 3 drops almond essence ( forget it if terlupa beli )
1 (8 ounce) can blueberry pie filling

It’s bakin’ time …
1. Combined biscuit and melted butter and pressed on removable based cake pan ( preferebly 9? cake pan )

2. Keep in freezer until hard enough to hold cream cheese mix

3. Meanwhile prepare the filling cream. Beat T’ja Superior Cream Cheez and sugar for 15 minute or until creamy.

4. Add vanilla and almond essence

5. Add egg one at a time. Mix until well combined

6. Finally add Tja Sour Cream into cake mixture and mix.

7. Pour cake mixture on biscuit based and baked for 50mins – 1 hour 180C.

8. Wait till it cool completely before top up with blueberry pie filling.

Cotton ciskek

Cotton Cheese Cake (Noralina Zainab)

1st time try COTTON CHEESE CAKE..mmg marvelous...resepi amik kt KR..tp lupa nama empunya resepi..thanks sesangat kpd empunya resepi..

Bahan2:

250gm cream cheese
50gm butter
100ml fresh milk(saya guna susu tepung + 100 ml air)
140gm castor sugar

60gm superfine flour
20gm corn flour
6 egg yolk
1 tbsp lemon juice

6 egg white
1/4 tsp cream of tartar

Direction,
1-In a pot,combine cream cheese,butter,fresh milk and sugar,melt these ingredient through double boiler until smooth.set aside to cool it off.
2-Add in superfine flour and corn flour.beat until smooth.Add in eggs yolks and lemon juice.beat again.
3-whisk the egg white with cream of tartar until look like meringue or form..
4- combine the cream cheese mixture and egg white (no.3) together..beat again until smooth..
5-grease and flour a round mould.pour in the mixture into the mould.
6-using steam bake method..put the mould in preheat oven..

**160 degree celsius for 1 hour and 10 minutes..(saya bakar 1 jam 1/2)resepi..

Blueberry ciskek


BLUEBERRY CHEESECAKE by RITA NORLITAH HASHRAL

Hari ini juga saya buat baked BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan bahan nya:
75 gram butter, di cairkan..dan lebih sedikit untuk mengris kan loyang nya nanti..
175 gram biskut jenama digestive (dihancurkan lumat)
175 gram buah blueberry, dan kalau nak buat hiasan, lebihkan lah sikit..
450 gram cream cheese (saya guna jenama philidelphia)
150 gram gula caster
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telor di pukul manja
sedikit gula ising untuk taburan

panaskan oven pada suhu 180 darjah gunakan loyang 24cm yang bulat

Cara cara nya:
(kalau anda tak ada loyang springfoam) guna kan loyang biasa pon boleh sahaja.Cara nya ,loyang ditaruk kan kertas pembakar lalu di gris ngan butter.

1) Hancurkan biskut digestive lalu gaulkan ngan 75 gm butter cair, lalu terap dan tekan tekan ke dalam loyang.Lalu taburkan blueberry keatasnya dan boleh lah letak kan ke peti ais sementara menunggu untuk membuat creame cheese nya adonan.
2) Pukul creame cheese, gula caster, esen vanilla dan telor didalam bekas yang agak besar. Pukul hingga halus dan berkrim.
3)Setelah halus dan berkrim adonan creame cheese tu, boleh lah tuangkan ke dalam loyang yang dah ada biskut dan blueberry tadi..
4) Bakar selama 40 mins atau lebih..boleh sampai ke 1 jam kekadang tu, atau apa bila di goyangkan loyang, adonan itu tidaklah bergoyang sangat.(bergegar)( atas dan tepi kek nampak keperangan)
5)keluarka dari oven , biar sejuk..betul betul sejuk..baru bole tabur sedikit gula ising diatas nya untuk diterbalikkan supaya boleh bukak dan buang kertas pembakar dibawah nya..hidang ketika sejuk...
Cuba lah makcik Allen saya nyer resepi nie ahakss:))

RESEPI SWISS ROLL BATIK

Swiss roll batik


SWISS ROLL BATIK COKLAT
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :

- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.

RESEPI KEK

Kek coklat moist(Pn.Badariah)

2cwn tepung gandum
2bj telo
1cwn minyak(nk sdp pkai mazola)
1cwn serbuk koko
1cwn gula
1cwn susu pekat
1 sd teh soda bikarbonat
1sd teh baking powder
1cwn air panas

1.pukul sebati telo,minyak,susu,gula(x pyh pkai mixer)
2.masuk tepung,serbuk koko,soda n baking yg telah d'ayak bersama.
3.masukkn air panas.gaul sebati
4.kukus hgga masak(1jam)api sederhana kecil

Kek coklat moist(Pn.munirah baharum)

Bhn A
1cwn gula pasir
1cwn serbuk koko
1cwn susu cair
1cwn susu pekat 1cwn minyak
*semua bhn gaul sebati.msk ats api perlahan.ketepikan

Bhn B
3/4cwn tepung gandum
1sd teh soda bikarbonat
1sd teh baking powder
*diayak bersama

Bhn C
4bj telo(diblender je)

1.sediakan kukusan.balut pnutup periuk dgn foil@kain
2.campurkan bhn B dan C ke dlm bhn A.gaul sebati.
3.msukkn adunn ke dlm loyang yg dgri n dipanaskn terlebih dahulu
4.kukus selama 1jam dgn api sederhana


Monday, 11 April 2011

KEK COKLAT MOIST

Mula2 m'baking kek saje utk mkn2 di umh.lame kelamaan ada org order.slalunya kwn2 hubby.kesnya die suke bwk ape2 kek yg aku wat ke tmpt kerja.Ini la rupa deko ptama aku....x cntik pn....al-maklum la xpenah pegi mana2 kelas pn