Saturday 19 November 2011

KEK BUTTER OREO

KEK BUTTER OREO

125 gram mentega(250g utk kek)
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar(pakai gula kastor je lin)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*(kalo kek 2cwn+1sd teh baking powder)
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (lin bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....

Resepi ni lin amik dr CMG..tq



KEK LAPIS

Apabila nak raye ni projek lin...baking kek lapis.Apa2 pn meh kite layannn....

KEK LAPIS HAWFLAKES

10biji telo A
200g gula kastor
100g horlick
200g tepung hong kong
10sd besar susu pekat
1sd teh ovalette
1sd teh baking powder
500g butter
Hawflake secukupnya

1.pukul butter n gula hgga kembang.masukkn telo sebiji demi sebiji.pukul lg
2.masuk susu n ovalette.adun sebati
3.masuk horlick tepung yg diayak dgn baking.adun sebati.bahagikn kpd bberapa bahagian yg mahu dikalerkn.
4.letak ssenduk adunan.bakar api ats n bwh hgga kuning p suhu 180-200c.Dah masak tukar pakai api ats.letak ssenduk susun hawflake n bakar..buat hgga selesai..




KEK LAPIS OREO
Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm susu tepung
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
oreo secukupnya

Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan susu tepung, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan oreo.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")



KEK LAPIS CADBURY

Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya (saya gunakan cokelat Van Houten)

Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")



KEK LAPIS HERSYE'S

450 gm mentega

150 gm gula halus

1 sudu teh ovalette

10 biji telur (saiz besar)

120 gm sekaya

1 tin (390 gm) susu pekat manis(lin kurgkn ni 1/2 je pakai)

100 g Horlicks

280 gm tepung HongKong

15 gm serbuk koko Hersheys(xletak pn)

sedikit pewarna purple
coklat secukupnya



KEK LAPIS CADBURY+OREO

450 gm mentega

150 gm gula halus

1 sudu teh ovalette

10 biji telur (saiz besar)

120 gm sekaya

1 tin (390 gm) susu pekat manis

100 g Horlicks

280 gm tepung HongKong

15 gm susu tepung

sedikit pewarna pink

cadbury n oreo secukupnya.oreo 2 dipatahkn




 
 

KEK HANTARAN BASKETWEAVE

Lamanye lin x update entry ni...kesibukkn melanda campur skali penat dgn ank2.Alhmdllh rezeki ALLAH nk bagi ada yg knl2 lin m'order kek...kek hantaran ni kwn fb lin Faiza Ab..nk kaler yg pastel sesuai la dgn tema fairytale n garden...

Wednesday 12 October 2011

KEK PERKAHWINAN

Ni plak 1st time lin wat kek kahwin...Tq Suriati kerana beri kepercayaan pd akk..Kek coklat moist dgn steam buttercream..tema merah hitam...

ORDER...ORDER...ORDER




Salam sume...lama sgt dh lin x update blog ni.Bz dgn ank2 n tempahan.Alhmdllh rezeki dr Allah.C kecik lin plak asik meragam je...apa2 pn meh kite layannn pic2 yg org order.kebykkn repeat customer

Wednesday 27 July 2011

PANDAN LAYER CAKE

Salam semua lame x update blog..sibuk sikit..dlm sibuk2 27hb julai adalah anniversari yg ke 4.Tgk ramai dh yg wat kek ni..jd lin skodeng2 kat blog juicycafe.Thanks kak jue.mintak halal ye.lin suke kek ni sedap banget...meh kite layan resepi die.Utk kek span 2 lin dh biase pakai resepi kaklong lyn...


bahannye;
BAHAN-BAHAN
130gm tepung kek (1 1/2 cwn)
130gm gula kastor (1cwn kurangkan manis)
5 biji telur (Grad A)
15ml ovelette (1sd besar)
80ml minyak atau marjerin cair (3/4 cwn)
jem bberry~untuk melapis kek
5ml baking powder (1/2 sd kecik)
pewarna oren~perasa oren + 2sudu besar oren sunqick
pewarna pink/merah~perasa s/berry
pewarna ij0~perasa pandan

CARA
1. Satukan tepung kek, gula kastor, telur dan ovelette dalam mangkuk adunan dan pukul laju selama lebih kurang 5 minit~jgn masukkan pewarna
2. Pukul sampai betul2 pekat n likat
3. Tuang minyak / marjerin cair kedalam adunan pukul lagi 3minit
4. bahagikan adunan kepada 3 bahagian ~merah , oren n ij0
5. Tuang satu adunan berwarna ke dalam tin pembakar, bakar selama 15-20 minit dengan penasan 170c ikut oven masing2.

Bhn2 kastard..
1050 ml santan
200 gm gula castor
10 gm serbuk jelly
1 sdk perasa pandan
100 gm tepung Hoen Kwee - warna hijau
75 ml jus pandan - kisar 4 helai daun pandan + 75 ml air - tapiskn
Secubit garam

Utk kastard..
1. Satukn semua bhn2 utk kastard dlm bekas tahan pns.
2. Masak atas air mdidih scara double boiler, gunakan wisk, kacau hingga pekat n berkilat.
3. Matikn api n biar suam sdkt sblm dlapis dgn kek.

Utk mbuat lapis pandan..
1. Gunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci. Tuang 1/3 adunan kastard n ratakn. Lapiskn dgn sekeping kek, tekan sdkt.
2. Tuang lagi 1/3 kastad n lapiskn dgn sekeping lagi kek. Ratakn biar memenuhi bhgn yg kosong.
3. Lapiskn lg dgn sekeping kek n kemudian kastard n d akhiri dgn kek.
4. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
5. Kemudian masukkn dlm peti sejuk skurang2nya 1 jam.
6. Keluarkn kek dr acuan, kalu x bule keluarkn sejukkn semula dlm 1 jam lg n salut dgn kelapa kering.
7. Bahagian yg berkastard d atas n kek dbwh. Ini bmakna kek dmulai dgn bhgn kastard n akhir dgn kek.
8. Gunakn tin utk mbakar kek td, cuci tp x payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, kemudian keringkn, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin masih ada n ini memudahkan kek yg telah dlapis dgn




Sunday 17 July 2011

KEK CHIFON PANDAN

Thanks la kpd tuan puye resepi kek ni...lmbut sgt.besar pulak 2 siap berbagi2 dgn jiran.Izinkn lin C&P resepi di sini ye....


* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat(170ml)
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Peringatan utk ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit



Saturday 2 July 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (as guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
2 sdb fresh milk

CARA MEMBUATNYA :-

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

biarkan sejuk dalam peti ais supaya senang nak potong selama 45 min sebelum
dipotong

KEK MARBLE

Terase muak pulak asik mkn kek yg krim2 ni...xla afsal tekak ni tibe2 je cmni...ape2 pn selamat mencuba resepi ni..gebusss je...

Bhn2:
1cwn majerin@butter
3/4cwn gula kaster
100ml susu segar
1sd teh esen vanila
2cwn tepung gndum-ayak dgn 1sd teh baking pwder
4bj telo
1sd bsr susu pekat
1sd teh ovalette

pukul majerin,gula n ovalette hgga kembang.masukkn telo n esen pukul lg.kmudian masuk susu segar n susu pekat.gaul sebati.masukkn tepung yg diayak dgn baking pwder.adun rata.bahagikn kpda beberape bahagian.msuk pewarna.griskn loyang masuk sesenduk adunan dr tgh2 loyang.selang selikn dgn warna yg lain.dh siap amik copstick buat bentuk 8 3-4kali.bakar 170-180c hgga masak.


Saturday 25 June 2011

AMERICAN CHOCOLATE CAKE

Pertama kali lin wat kek ni...sdp ada rase pahit2 nescafe sikit.Tekstur die pula mcm coklat moist.Lin layerkn dgn coklat BC.utk bagi kelainan sikit lin parut coklat n tambah badan cincang.Deko die pula simple2 je...ok lah kan utk mkn sendiri...Jom kite layan resepi die....



American Chocolate Cake
Sumber : Ninie copy dr FP Zahara

BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Method
Mix all together in a bowl.
and bake for 45 minutes..

Ini yg Mamasya buat :-
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.
***Satu lagi kalau nak elok potong kek ni guna pisau plastik


Monday 13 June 2011

ORDER...ORDER...ORDER

Lama jugak la update blog lin....Fuhhh mggu yg sibuk.Menyiapkan 4 bijik kek.Alhmdllh rezeki jgn di tolak.



Thanks Kak huda krna tempah kek indulgence ni smpai memuji ckp famili die suka kek ni...lain kali bole tempah lg ek...




Ni pulak repeat order dr kwn hubby.Coklat moist A.k.a chocolate heaven cake...saje pepandai bg name kek ni sbb penuh dgn parutan coklat.TQVM






2 biji kek ni pulak kek tiramisu dan kek coklat moist.kwn hubby order utk Ulang tahun perkahwinan die...TQVM

Wednesday 8 June 2011

KEK TIRAMISU COKLAT MOIST

Lin saje2 eksperimen wat tiramisu pakai coklat moist..memang x disangka2 sedap la sgt2.X tau nk jelaskn rase die...kopi@nescafe+coklat+krim chesse.bole jgak kopi n nescafe 2 dicampur sekali.lin slalu pakai 1 uncang kopi+1/2 sd teh serbuk nescafe...Meh ramai2 wat tiramisu coklat moist ni...memang rugi sape2 x cube



 2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
       *************************
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
       *************************
1 cwn air panas

CARANYA :

Satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
 Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Adunan siap sedia dikukus. Kukus selama 1 jam.
Balut tudung pengukus & kukus dengan api yg sederhana kecil...

Disebabkn coklat moist ni die lembut n gebu lin syorkan kukus dalam bekas putih 2..nanti layerkn je dgn krim chesse dlm bks yg sama..nnti di curah air kopi lg lembut


250ml whipping cream
200ml cream cheese(lin pakai 250g 2 je terus)
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cheese dan cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Potong kek pada 2 bahagian
Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…


Friday 27 May 2011

CHOCOLATE LAVA CAKE

Hubby dh lama request kek ni.memandangkan kek ni kena makan segera kena la tunggu ari die off.Takut jugak kalo2 die kempunan pulak nnti..jom kite layan resepi pulak..senang je.sedapppp sampai menjilat sudu kena pulak ada aiskrim vanila...fuhhhh memang marbelos

Bahan2:

1 cawan dark chocolate yg dicincang
6 sudu besar mentega yg dah dicairkan
2 biji telur
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung
1 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
Cara-cara

Panaskan oven pada 160 celcius.
Cairkan coklat dgn mentega. Boleh guna oven atau cara Bain Marie. Masukkan serbuk Koko. Gaul sebati dan ketepikan.
Pukul telur dengan gula selama 3 minit. Campurkan adunan dengan adunan coklat tadi. Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati.
Tuangkan dalam bekas ramekin yg dah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus.
Masukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit. Keluarkan dan masukkan dalam oven selama 11 minit. Adunan tak boleh bakar lebih dari 15 minit.
 Keluarkan dan biarkan selama 3 minit. Keluarkan dari ramekin dan hidangkan.


Wednesday 25 May 2011

KUEH KOLE KACANG

Semalam lin try la wat kueh kole kacang.Dapat resepi dr mjlh saji yg lame.Fuyooo sedappp la.Igtkn kue ni pyh wat.sekali baca resepi n step2 die senang je..cume yg lmbt nk wat tahi minyak die..


Bahan2:
1-2 cwn santan pekat-masak hgga jadi tahi minyak
*biar minyak yg ada di dlm kuali td
1cwn gula merah
4sd bsr gula pasir
1cwn tepung kacang hijau
1cwn air
2cwn santan pekat
sedikit garam

masak gula merah,gula pasir dgn air hgga larut.ketepi n sejukkan.dh sejuk msuk bahan2 yg lain masak hgga betul likat pakai api kecil dan kacau selalu supaya x bgentel.tuang ke dlm loyang 8x8.sejukkn.potong dan hias dgn tahi minyak td...selamat mencuba...


ORDER...ORDER...ORDER

Selepas je hubby bwk pegi tmpt keje kek tiramisu...ada la kwn2 die order.Tqvm kepada yg order.Dorg ni selalu order kek dgn lin..


BIRTHDAY HUBBY

Lame jgak x entry...sibuk sikit.baru2 ni bzday hubby.sbb x puas makan kek indulgence lin buat la sebijik.Utk kwn2 hubby kat tempat keje lin watkan kek tiramisu..selang 2 ari ada la yg meng'order kek tiramisu 2 bijik....wat masa ni blog lin ni ala kadar cmni ni..lin n buta IT sikit..hubby pulak sibuk keje..apa nk wat...biar la cmni dlu kan.janji ada...hehehe


Thursday 19 May 2011

KEK TIRAMISU

Sebenarnya lin ni xpnh rase kek tiramisu ni...tgk kak Norli Atan wat senang je 2 lin mencuba.Kebetulan ari ni bzday hubby..saje2 la wat utk mkn2 kat tmpt keje die...



Resipi Kek Tiramisu Simple

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cheese dan cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Potong kek pada 2 bahagian
Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…
p.s yg kek bulat kicik tue, kite guna mould donat. Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti

Lin x potong 2.tapi potong 3 keping.luar die pn lin salut dgn cream cis 2.nescafe 2 lin gantikan dgn kopi.kek span pulak lin pakai resepi kaklong lyn.putar je sampai ringan gebu mcm wat homemade aiskrim 2...selamat mencuba....


BAHAN-BAHAN
130gm tepung kek (1 1/2 cwn)
130gm gula kastor (1cwn kurangkan manis)
5 biji telur (Grad A)
15ml ovelette (1sd besar)
80ml minyak atau marjerin cair (3/4 cwn)
jem bberry~untuk melapis kek
5ml baking powder (1/2 sd kecik)
pewarna oren~perasa oren + 2sudu besar oren sunqick
pewarna pink/merah~perasa s/berry
pewarna ij0~perasa pandan

CARA
1. Satukan tepung kek, gula kastor, telur dan ovelette dalam mangkuk adunan dan pukul laju selama lebih kurang 5 minit~jgn masukkan pewarna
2. Pukul sampai betul2 pekat n likat
3. Tuang minyak / marjerin cair kedalam adunan pukul lagi 3minit
4. bahagikan adunan kepada 3 bahagian ~merah , oren n ij0
5. Tuang satu adunan berwarna ke dalam tin pembakar, bakar selama 15-20 minit dengan penasan 170c ikut oven masing2.
6. Kek nie kene bakar selapis selapis taw!
7. Dah siap masak semua..lapiskan selapis selapis dengan jem tadik
8.Hiaslah ikut suka :)

yang ni kalo wat lapis2 mcm kaklong.kalo biase xpyh la.ltk je emulco...



Wednesday 18 May 2011

JAPANESSE CHESSE CAKE

Setelah beberapa kali lin wat kek ni x naik gebu..akhirnya kali ni menjadi kek ni.gebusss je.menghabiskn baki keju cheddar 3keping.susu segar pulak xde ln hentam pakai susu tepung je.Sedap koooo....ank2 suka.Puteri lin yg 8bln ni pn suka....

resepi

4-5keping keju cheddar
200ml susu segar(pakai susu tepung je lin)
70g tepung kek(tepung gndum ayak 3x)
70g gula kastor
70g mentega
1sd kfc cream of tartar-ni lin tmbh ada yg buat ltk jus lemon
4bj telo-asingkn putih n kuning

Koyak2kn keju kecil2-lin parut je.masakkn dgn susu ats api yg kecil hgga keju larut.msuk mentega.ttp api.pukul kuning telo hgga kembang kemudian msukkn ke dlm adunan keju.kacau rata.msuk sikit2 tepung.Dlm bekas lain pukul putih hgga buih msukkn gula n cream of tartar pukul lg hgga kembang jd soft peak,btanduk bila angkat x jatuh.msuk ke dlm adunan keju.kaup balikkan.bakar secara steam bath selama 1jam pd suhu 160-170.selamat mencuba...

Monday 9 May 2011

ANEKA MUFFINS CHEF WAN

Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.

Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab. Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan muffin.

Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Diana selalu menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan muffin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.
Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung cake selalunya tidak suai digunakan kerana muffin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isikan mangkuk cup muffin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan muffin yang cantik. Muffin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi muffin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test muffin, jika lidi keluar bersih bermakna muffin sudah pun masak. Muffin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dibekukan dalam peti sejuk.



SPICED PUMPKIN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan gula kaster
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk cengkih (cloves)
1/2 sudu teh serbuh buah pala (nutmeg)
2 biji telur, dipukul
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan air
1 cawan labu, dibakar dalam oven dan dilecek
1/2 cawan kacang walnuts, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak kesemua 8 bahan pertama kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, minyak dan air. Masukkan bahan yang telah diayak, labu yang dilecek dan kacang walnut. Gaul rata.
3. Sendukkan kedalam loyang muffin yang telah sapu dengan mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.



OAT BRAN AND FRUIT MUFFINS
Bahan-bahannya
150 grams campuran buah-buahan kering, dicincang kasar (apple, pear, apricot, mango dan sebagainya)
115 gram oat bran
85 gram rolled oats
70 gram tepung serbaguna
40 gram gula perang (brown sugar)
20 gram baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
140 gram atau 3 biji pisang, dilenyek
parutan kulit dari 1 biji oren
60 ml jus oren
30 ml minyak jagung
2 biji telur
240 ml susu rendah lemak

Cara-caranya
1. Campurkan buah-buahan kering, oat bran, rolled oats, tepung, gula perang, baking soda, serbuk kayu manis dan
pisang dalam bekas pembancuh dan gaul sehingga rata. Bila sudah rata, buat bulatan perigi di tengah.
2. Masukkan parutan dan jus oren, minyak jagung, telur dan susu kedalam adunan kering tadi. Digaul sehingga rata.
3. Masukkan adunan kedalam dulang pembakar muffin yang telah dilapiskan dengan cawan kertas. Isikan 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 - 30 minit. Keluarkan dari dulang pembakar dan sejukkan apabila sudah masak



APRICOT AND ALMOND MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan apricot, dicincang
1 cawan air panas
1 sudu besar baking soda
1/2 cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
2 cawan yoghurt segar
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 1/4 cawan bran flakes (nestum)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen badam
1/2 cawan badam, dicincang

Cara-caranya
1. Campurkan aprikot, air panas dan baking soda. Rendam untuk beberapa jam.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Campurkan aprikot yang telah direndam.
3. Campurkan pula dengan yoghurt, tepung, bran flakes (nestum), garam, esen badam dan badam. Gaul rata.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar untuk 20 minit pada suhu 175 darjah C atau bila lidi dicucuk dan keluar bersih bererti muffin telah pun masak.



BANANA CHOCOLATE MUFFINS
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.







BLUEBERRY AND OAT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan yoghurt segar
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking soda
4 sudu besar mentega, dicairkan
1/2 cawan gula
secubit serbuk buah pala
1/3 cawan oats
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 cawan blueberi dalam tin, ditoskan

Cara-caranya
1. Campurkan yoghurt, kuning telur, bakings soda, mentega cair dan serbuk buah pala dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan oats, tepung gaul sebelum masukkan blueberi.
3. Sendukkan aduanan tepung kedalam acuan kertas yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.


DATE, HONEY AND CARROT MUFFINS
Bahan-bahannya
1/4 cawan mentega
1/2 cawan madu
1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 cawan tepung wholewheat
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan carrot yang diparut
1 cawan kurma, dihiris

Cara-caranya
1. Cairkan mentega dan madu. Sejukkan. Campurkan susu, telur dan parutan kulit lemon.
2. Ayak kedua jenis tepung, baking powder dan garam. Campurkan adunan mentega. Masukkan carrot dan kurma dan gaul rata.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit atau sehingga masak.


APPLE AND MACADAMIA NUT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar esen vanilla
parutan kulit dari 1 biji lemon
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan didadu
1/2 cawan kacang macadamia, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
2. Pukul gula, minyak, telur, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit lemon.
3. Campurkan kedalam adunan kering, masukkan epal dan kacang macadamia dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit.





HONEY CORN MUFFINS
Bahan-bahannya
100 gram tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
secubit garam
100 gram cornmeal
3 sudu besar madu
50 gram kismis
4 sudu besar minyak jagung
225 gram jagung krim
1/3 cawan air
Butter untuk hidangan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dan campurkan dengan cornmeal. Masukkan madu, kismis, minyak, jagung krim dan air dan gaul rata.
2. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega.
3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 15 - 20 mint sehingga muffin naik dan bewarna keemasan. Hidangkan panas bersama mentega.



FRUITCAKE MUFFIN
Bahan-bahannya
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan kismis
1/2 cawan sultana
parutan kulit dari 1 biji oren
parutan kulit dari 1 biji lemon
1/2 cawan ceri, dicincang
1/3 cawan gula kaster
1/4 cawan jus lime
3 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar susu segar
1/2 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih (cloves)

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda dan garam.
2. Rendamkan kismis, sultana, parutan kulit oren dan lemon, ceri dan gula dalam ujus line selama setengah jam.
3. Pukul telur dan minyak jagung sampai sebati. Masukkan gula perang, susu, serbuk buah pala dan serbuk bunga cengkih. Masukkan pula bahan yang telah diayak dan buah-buahan yang telah direndam. Gaul rata.
4. Sendukkan pada loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar selama 25 min pada suhu 170 darjah C.


APPLE PECAN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 biji telur
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 sudu teh parutan kulit orange
3 biji epal, buang kulitnya dan potong dadu
1/2 cawan kacang pecans, dipanggang dan dicincang
20 biji kacang pecan untuk hiasan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul telur, gula, minyak, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit limau. Masukkan adunan kering dan kacau rata. Masukkan epal yang telah didadu dan kacang pecans yang telah dicincang.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan hiaskan dengan sebutir kacang pecan diatasnya. Bakar pada suhu 175 darjah C untuk setengah jam.





APPLE RAISIN MUFFINS
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
3/4 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk all spice
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 cawan sour cream
4 sudu besar mentega, dicairkan
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan dipotong dadu
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang walnut, dicincang

Topping
1/2 cawan gula perang
1/3 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk all spice dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas berasingan campurkan gula, sour cream dan mentega sehingga rata. Masukkan bahan yang telah diayak. Masukkan epal, kismis dan walnut dan gaul rata.
3. Campurkan kesemua bahan untuk topping dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan taburkan topping diatasnya.
5. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 - 25 minit atau sehingga ia masak.

Sunday 8 May 2011

BLENDED ORANGE CAKE

Ramai dah rakan di KR wat kek oren yg senang ni.gebuss kek die.rugi ooo kalo x cube...xpyh pakai mixer2 pn...ni yang wat lin suka nk membuatnya..

BLENDED ORANGE CAKE
by: kak Fida
sumber : Hasue

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau - ita tambah 1 biji lagi parutan kulit orange
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren
ita tambah 1 sudu besar orange sunquic

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



KEK DURIAN

Sekarang ni tgh demam durian di melaka...dr harga murah rm1 sekilo hggalah harga mencecah berpuluh-puluh ringgit sekilo...lin pulak ari 2 sanak saudara dr sabah dtg memborong durian sampai 2 karung...selalunya durian ni org wat lempuk,tempoyak,pulut durian,serawa,pengat,bubur kacang dgn durian..kali ni lin wat kek pulak.Tq kpd kak nieza..lin amik dr blog die..mmg marbeles laaaa..gebusss je kek die


1cwn isi durian
1cwn gula
1cwn minyak
1cwn susu segar
3bj telo A
1sd teh baking powder
1sd teh soda bikarbonat
2cwn tepung gndum
emulco coklat(kalo nk yg marble)

blend minyak,isi durian,susu hgga halus.pukul telo n gula hgg kembang.msukkn bhn yg diblend tadi.kacau rata.msuk tepung,soda n baking yg diayak.gaul sebati.bakar 170-180c selama 1 jam@ hgga msk



PUDING PELANGI

Bhn2nye
10gm @ 2 sudu besar agar2 serbuk
650ml (2 3/4 cwn) air
180gm (3/4 cwn) gula
1 1/2 sudu besar@tbsp mentega/marjerin
1 biji telur
1/2 tin susu cair
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp vanila
pewarna merah, biru, purple
* ikut la bape kaler nk

Cara2..



1. Msk agar2, gula dan air hgga mendidih. Tutup api & ketepikan jap



2. Pukul telur sebentar guna garfu. Masukkn susu cair, tepung jagung, vanila & kacau rata.



3. Tapiskan



4. Masukkn hasil tapisan dalam 1. Masak hingga mendidih. Kacau sentiasa ye..



5. Masukkn mentega. Kacau sebati. Biar mentega betul2 larut. Pastu bleh la tutup api.



6. Bahagikan kpd 3 bhgian - warnakn purple, biru, merah



7. Sengetkn loyang. Letak je ape2 benda d salah 1 hujung loyang. Pastikan loyang dlm keadaan yg kukuh.. x mo goyang2 tau.



8. Tuang 1 senduk@ ladle adunan warna biru ke dlm loyang.(Pastikan tuang adunan dr hujung loyang. Senduk menyentuh hujung loyang yg ditinggikn ). Pastu tuang adunan warna purple, diikuti adunan warna merah..


9. Ulang Langkah 8 hingga adunan habis. Ble sume adunan dh abis, letakkn loyang d tmpat rata secara berhati2..

Saturday 7 May 2011

APAM AISKRIM CORNETTO(ROHAIMI AHMAD)

Semalam try la resepi baru yg dpt dr KR.kredit kepada kak rohaimi ahmad.sekejap je apam ni abis.anak2 suka.
Jom kite layannnnn apam terbaru ni...


~Apam Ice-Krim Cornetto~

(dpt dlm 12 kon mini)} tk buat lebih bnyk..just doublekan saja bahan2nya k!

Bahan2nya:

100g gula halus
200g tepung gandum
2 biji telur
5sb aiskrim vanila
hujung sudu kecil kfc baking powder
1sk ovellette
1sk esen vanila
50ml air

hiasan:
coklat masakkan}dicairkan
badam cincang

kon:
3 helai kertas coklat bungkusan mknan}(tk nasi bungkus tu)
-setiap sehelai dipotong/bahagi 4 so ada dlm 12 keping kertas kecil
-gulunglah buat mcm kon aiskrim tu kmudian stapler jer kt tepinya....
@
-guna daun pisang pn boleh
-buat kecik2 lg comel loteh rasanya..

cara2 membuatnya:} guna mixer ye!
-pukul gula dn telur sehingga kembang dn berbuih
-masukkan tepung gandum}kacau
-masukkan aiskrim vanila}kacau
-masukkan sedikit baking powder, esen vanila dn ovelette}kacau
-tmbhkan sedikit air}kacau sehingga sebati
-setelah adunan siap, bahagikan kedlm 3 bhgian dn setiap bahgian dibubuh kaler hijau, pink dn warna asal} terpulang ikut citarasa tersendiri...apa2pn bleh!!!

-sediakan periuk kukus dn panaskan periuk kukus tersebut
-masukkan kon dlm cwn plastik kecil supaya kon tu tegak berdiri (1cwn isi dlm 4 kon)
-tuang sedikit2 adunan berselang-seli kedlm setiap kon iaitu: hijau, warna asal dn pink....
-ulangi proses yg sama sehingga habis...
-kukus dlm 10-15 min sehingga masak...
-apabila sudah masak, keluarkan kon tersebut dr cwn plastik tadi dn letak iaitu baringkan jer dlm periuk kukusan supaya blah bawahnya btul2 masak jgk (dlm 1-2min jer....)

-keluarkan apam tersebut dn tanggalkan kertasnya perlahan2, supaya ekornya x terputus...
-celupkan bahagian kepala apam tersebut dgn coklat masakkan yg tlah dimasak secara double-boil....
-kemudian celupkan pula dgn badam cincang...


Saturday 30 April 2011

KEK COKLAT INDULGENCE

Khamis baru2 ni bday ank buah yang di Sabah.Kebetulan masa 2 dorang 2 famili btandang ke umah lin.Jadi bmula projek m'baking lin.2 ari baru ni siap.Mousse coklat putih 2 kena wat awl sehari.Deko  kek 2 lin wat yang simple2 je...jom kite layannnn resepi kek 2...Tq kpd kak puteri manja.lin amik dr die...cygggg kak puteri





INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRIv
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR


TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.






Wednesday 27 April 2011

ORANGE CUPCAKE

RANGE CUPCAKE(MEM BESAR)

3bh telo-asingkan kuning n putih
3/4cwn gula kastor(1/2cwn kurg manis)
1 1/4cwn tepung gndum
1sd teh baking powder
1sd besar susu pekat
1/2cwn minyak
1sd teh emulco oren
pewarna

pukul putih hingga gebu.masuk gula sikit2 pukul lg hgga kaku.masuk kuning telo.pukul.masuk tepung yg diayak dgn baking powder.gaul.masuk susu,minyak,emulco dan pewarna.gaul sebati.sudukan masuk ke dlm papercup.1/2 je.bakar suhu 170-180 selama 15-20mnt.