Monday 9 May 2011

ANEKA MUFFINS CHEF WAN

Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.

Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab. Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan muffin.

Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Diana selalu menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan muffin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.
Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung cake selalunya tidak suai digunakan kerana muffin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isikan mangkuk cup muffin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan muffin yang cantik. Muffin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi muffin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test muffin, jika lidi keluar bersih bermakna muffin sudah pun masak. Muffin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dibekukan dalam peti sejuk.



SPICED PUMPKIN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan gula kaster
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk cengkih (cloves)
1/2 sudu teh serbuh buah pala (nutmeg)
2 biji telur, dipukul
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan air
1 cawan labu, dibakar dalam oven dan dilecek
1/2 cawan kacang walnuts, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak kesemua 8 bahan pertama kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, minyak dan air. Masukkan bahan yang telah diayak, labu yang dilecek dan kacang walnut. Gaul rata.
3. Sendukkan kedalam loyang muffin yang telah sapu dengan mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.



OAT BRAN AND FRUIT MUFFINS
Bahan-bahannya
150 grams campuran buah-buahan kering, dicincang kasar (apple, pear, apricot, mango dan sebagainya)
115 gram oat bran
85 gram rolled oats
70 gram tepung serbaguna
40 gram gula perang (brown sugar)
20 gram baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
140 gram atau 3 biji pisang, dilenyek
parutan kulit dari 1 biji oren
60 ml jus oren
30 ml minyak jagung
2 biji telur
240 ml susu rendah lemak

Cara-caranya
1. Campurkan buah-buahan kering, oat bran, rolled oats, tepung, gula perang, baking soda, serbuk kayu manis dan
pisang dalam bekas pembancuh dan gaul sehingga rata. Bila sudah rata, buat bulatan perigi di tengah.
2. Masukkan parutan dan jus oren, minyak jagung, telur dan susu kedalam adunan kering tadi. Digaul sehingga rata.
3. Masukkan adunan kedalam dulang pembakar muffin yang telah dilapiskan dengan cawan kertas. Isikan 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 - 30 minit. Keluarkan dari dulang pembakar dan sejukkan apabila sudah masak



APRICOT AND ALMOND MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan apricot, dicincang
1 cawan air panas
1 sudu besar baking soda
1/2 cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
2 cawan yoghurt segar
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 1/4 cawan bran flakes (nestum)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen badam
1/2 cawan badam, dicincang

Cara-caranya
1. Campurkan aprikot, air panas dan baking soda. Rendam untuk beberapa jam.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Campurkan aprikot yang telah direndam.
3. Campurkan pula dengan yoghurt, tepung, bran flakes (nestum), garam, esen badam dan badam. Gaul rata.
4. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar untuk 20 minit pada suhu 175 darjah C atau bila lidi dicucuk dan keluar bersih bererti muffin telah pun masak.



BANANA CHOCOLATE MUFFINS
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
pisang dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang. Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.







BLUEBERRY AND OAT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 cawan yoghurt segar
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking soda
4 sudu besar mentega, dicairkan
1/2 cawan gula
secubit serbuk buah pala
1/3 cawan oats
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 cawan blueberi dalam tin, ditoskan

Cara-caranya
1. Campurkan yoghurt, kuning telur, bakings soda, mentega cair dan serbuk buah pala dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan oats, tepung gaul sebelum masukkan blueberi.
3. Sendukkan aduanan tepung kedalam acuan kertas yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.


DATE, HONEY AND CARROT MUFFINS
Bahan-bahannya
1/4 cawan mentega
1/2 cawan madu
1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 cawan tepung wholewheat
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan carrot yang diparut
1 cawan kurma, dihiris

Cara-caranya
1. Cairkan mentega dan madu. Sejukkan. Campurkan susu, telur dan parutan kulit lemon.
2. Ayak kedua jenis tepung, baking powder dan garam. Campurkan adunan mentega. Masukkan carrot dan kurma dan gaul rata.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit atau sehingga masak.


APPLE AND MACADAMIA NUT MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar esen vanilla
parutan kulit dari 1 biji lemon
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan didadu
1/2 cawan kacang macadamia, dicincang kasar

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
2. Pukul gula, minyak, telur, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit lemon.
3. Campurkan kedalam adunan kering, masukkan epal dan kacang macadamia dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit.





HONEY CORN MUFFINS
Bahan-bahannya
100 gram tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
secubit garam
100 gram cornmeal
3 sudu besar madu
50 gram kismis
4 sudu besar minyak jagung
225 gram jagung krim
1/3 cawan air
Butter untuk hidangan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dan campurkan dengan cornmeal. Masukkan madu, kismis, minyak, jagung krim dan air dan gaul rata.
2. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah disapu dengan mentega.
3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 15 - 20 mint sehingga muffin naik dan bewarna keemasan. Hidangkan panas bersama mentega.



FRUITCAKE MUFFIN
Bahan-bahannya
2 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan kismis
1/2 cawan sultana
parutan kulit dari 1 biji oren
parutan kulit dari 1 biji lemon
1/2 cawan ceri, dicincang
1/3 cawan gula kaster
1/4 cawan jus lime
3 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar susu segar
1/2 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih (cloves)

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda dan garam.
2. Rendamkan kismis, sultana, parutan kulit oren dan lemon, ceri dan gula dalam ujus line selama setengah jam.
3. Pukul telur dan minyak jagung sampai sebati. Masukkan gula perang, susu, serbuk buah pala dan serbuk bunga cengkih. Masukkan pula bahan yang telah diayak dan buah-buahan yang telah direndam. Gaul rata.
4. Sendukkan pada loyang muffin yang telah disapu dengan mentega dan bakar selama 25 min pada suhu 170 darjah C.


APPLE PECAN MUFFINS
Bahan-bahannya
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
1 biji telur
1 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 sudu teh parutan kulit orange
3 biji epal, buang kulitnya dan potong dadu
1/2 cawan kacang pecans, dipanggang dan dicincang
20 biji kacang pecan untuk hiasan

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul telur, gula, minyak, jus lemon, esen vanilla dan parutan kulit limau. Masukkan adunan kering dan kacau rata. Masukkan epal yang telah didadu dan kacang pecans yang telah dicincang.
3. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapukan dengan mentega dan hiaskan dengan sebutir kacang pecan diatasnya. Bakar pada suhu 175 darjah C untuk setengah jam.





APPLE RAISIN MUFFINS
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
3/4 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk all spice
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 cawan sour cream
4 sudu besar mentega, dicairkan
2 biji epal hijau, dibuang kulit dan dipotong dadu
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang walnut, dicincang

Topping
1/2 cawan gula perang
1/3 cawan tepung serbaguna
4 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk all spice dan garam kedalam bekas.
2. Dalam bekas berasingan campurkan gula, sour cream dan mentega sehingga rata. Masukkan bahan yang telah diayak. Masukkan epal, kismis dan walnut dan gaul rata.
3. Campurkan kesemua bahan untuk topping dan gaul rata.
4. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah disapu mentega dan taburkan topping diatasnya.
5. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 - 25 minit atau sehingga ia masak.

No comments:

Post a Comment