Resepi ni lin amik dr blog mat gebu...
N-BAHANNYA :-)
160 gram gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)
CARA MEMBUATNYA :-)
Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan...
Yang ni pulak dr kak long lyn.resepi ni lin dh cuba wat...memang sdp.bole tambah apa2 emulco@paste@perisa dlm adunan kek ni.lin pulak pakai resepi ni wat chocolate banana cale.k.long lyn mintak halal ye..
bahannye;
BAHAN-BAHAN
130gm tepung kek (1 1/2 cwn)
130gm gula kastor (1cwn kurangkan manis)
5 biji telur (Grad A)
15ml ovelette (1sd besar)
80ml minyak atau marjerin cair (3/4 cwn)
jem bberry~untuk melapis kek
5ml baking powder (1/2 sd kecik)
pewarna oren~perasa oren + 2sudu besar oren sunqick
pewarna pink/merah~perasa s/berry
pewarna ij0~perasa pandan
CARA
1. Satukan tepung kek, gula kastor, telur dan ovelette dalam mangkuk adunan dan pukul laju selama lebih kurang 5 minit~jgn masukkan pewarna
2. Pukul sampai betul2 pekat n likat
3. Tuang minyak / marjerin cair kedalam adunan pukul lagi 3minit
4. bahagikan adunan kepada 3 bahagian ~merah , oren n ij0
5. Tuang satu adunan berwarna ke dalam tin pembakar, bakar selama 15-20 minit dengan penasan 170c ikut oven masing2.
6. Kek nie kene bakar selapis selapis taw!
7. Dah siap masak semua..lapiskan selapis selapis dengan jem tadik
8.Hiaslah ikut suka :)
No comments:
Post a Comment