Friday, 15 April 2011

RESEPI CISTAT

BLUEBERRY CHEESETART
Bahan A (tart shell):
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 biji telur size B
1 sudu kecil esen vanila
250 gm tepung gandum

Cara membuatnya:
Ada 3 cara utk mengadunnya. Boleh pilih salah satu yg berkenan.
1) Cara seperti buat biskut.
2) Cara buat pastry: Campur tepung, gula & mentega, gaul dgn jari jemari jadi mcm serbuk roti dan masukkan telur serta esen vanila yg telah dikacau terlebih dahulu dgn garfu, adun sebati jadi doh.
3) Cara mudah.. campur kesemua bahan & pukul sehingga menjadi doh & tak melekat di jari(guna heavy duty mixer). Jangan terlalu lama, cukup sebati sehingga jadi doh sj.
- Rehatkan 10 minit. Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart, jangan terlalu nipis nanti mudah pecah & jangan terlalu tebal sebab ditakuti masak tak sekata & tak sedap di makan. Kemaskan/scrap tepinya. Susun dalam tray & bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing2 . Sejukkan dahulu sebelum isi fillingnya.
Pastri tart yg dah masak ini boleh di simpan dlm bekas kedap udara sehingga sebulan. (saya pernah simpan sebulan lbh pun masih ok.. asalkan ia masak elok keperangan)


Bahan B (untuk filling):
250 gm keju krim
60 gm gula ising
20 gm mentega
1 biji telur size B

Hiasan :
Blueberry filling/jem.
Boleh jg sekiranya inginkan perasa lain spt manggo, strawberry dll

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan pukul sehingga sebati, licin & berkrim. Masukkan telur dan pukul sebati sj. Kemudian bolehlah sudukan dalam tart shell diikuti sedikit blueberry. Lorekkan sedikit dengan lidi untuk membentuk corak yang dikehendaki. Bakar dengan suhu 160°c selama 10-12 minit.

selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment