Monday, 18 April 2011

RESEPI VANILA SPONGE CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
160 gram gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan...

No comments:

Post a Comment