Thursday 14 April 2011

APAM POLKADOT

Merata-rata dh org wat dan mkn apam ni.mgkn sbb comel dan juga kecil.Rupanya ala-ala muffin,cendawan,rumah'smurt'....hehe...ada juga yg pggl apam dot...dot...dot...ada mcm-mcm inti/filling...unik kan???Dgn pelbagai warna n inti sesuai dijadikan hantaran...cantik...tidak hairan la ada juga jadikan apam ini sumber pendapatan sampingan@tetap...so apa lg anda cuba la sendiri.pasti anda akan suka lbh2 lg kanak-kanak..


Apam polkadot



3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya mudah sesangat :

Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
Bahagikan kepada beberapa mangkuk & campurkan pewarna ikut suka.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
'Pipe'kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan aluminium (acu utk buat pai) atau acuan muffin hingga separuh penuh.
Isikan filling kesukaan.
'Pipe'kan lagi sedikit adunan apam hingga 3/4 penuh.
Masukkan sedikit adunan tanpa warna ke dalam plastik yg lebih kecil dan potong hujungnya. 'Pipe'kan dot-dot kecil di atas adunan yg telah siap.
Kukus menggunakan api sederhana besar selama 10-15 min.
Angkat dan sejukkan apam. Simpan dalam bekas bertutup supaya kekal 'moist'.
Beberapa TIPS membuat Apam Polkadot :

* Pastikan telur yg digunakan adalah dari peti sejuk bagi mendapatkan adunan yg gebu.
* Buang 'tali' pada telur untuk mengelakkan bau telur yg terlalu kuat.
* Jangan kukus dengan api terlalu besar, nanti apam akan pecah dan filling terkeluar.
* Bagi mengelakkan filling jatuh ke dasar cup semasa dikukus, pastikan adunan cukup gebu, lakukan kerja menge'dot' dengan cepat sebelum filling perlahan-lahan jatuh ke bawah, letakkan filling secara melintang dan kukus adunan dengan sesegera yg boleh.
* Gunakan api besar pada 1 minit pertama dan kemudian kecilkan kepada api sederhana sehingga masak untuk mendapatkan bentuk dot yg sempurna.
* Apam yg disimpan dalam tupperware boleh disimpan selama 1-2 minggu dalam peti sejuk. Cuma kukus semula bila-bila nak makan.





No comments:

Post a Comment