Saturday 19 November 2011

KEK BUTTER OREO

KEK BUTTER OREO

125 gram mentega(250g utk kek)
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar(pakai gula kastor je lin)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*(kalo kek 2cwn+1sd teh baking powder)
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (lin bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....

Resepi ni lin amik dr CMG..tq



KEK LAPIS

Apabila nak raye ni projek lin...baking kek lapis.Apa2 pn meh kite layannn....

KEK LAPIS HAWFLAKES

10biji telo A
200g gula kastor
100g horlick
200g tepung hong kong
10sd besar susu pekat
1sd teh ovalette
1sd teh baking powder
500g butter
Hawflake secukupnya

1.pukul butter n gula hgga kembang.masukkn telo sebiji demi sebiji.pukul lg
2.masuk susu n ovalette.adun sebati
3.masuk horlick tepung yg diayak dgn baking.adun sebati.bahagikn kpd bberapa bahagian yg mahu dikalerkn.
4.letak ssenduk adunan.bakar api ats n bwh hgga kuning p suhu 180-200c.Dah masak tukar pakai api ats.letak ssenduk susun hawflake n bakar..buat hgga selesai..




KEK LAPIS OREO
Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm susu tepung
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
oreo secukupnya

Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan susu tepung, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan oreo.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")



KEK LAPIS CADBURY

Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya (saya gunakan cokelat Van Houten)

Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")



KEK LAPIS HERSYE'S

450 gm mentega

150 gm gula halus

1 sudu teh ovalette

10 biji telur (saiz besar)

120 gm sekaya

1 tin (390 gm) susu pekat manis(lin kurgkn ni 1/2 je pakai)

100 g Horlicks

280 gm tepung HongKong

15 gm serbuk koko Hersheys(xletak pn)

sedikit pewarna purple
coklat secukupnya



KEK LAPIS CADBURY+OREO

450 gm mentega

150 gm gula halus

1 sudu teh ovalette

10 biji telur (saiz besar)

120 gm sekaya

1 tin (390 gm) susu pekat manis

100 g Horlicks

280 gm tepung HongKong

15 gm susu tepung

sedikit pewarna pink

cadbury n oreo secukupnya.oreo 2 dipatahkn




 
 

KEK HANTARAN BASKETWEAVE

Lamanye lin x update entry ni...kesibukkn melanda campur skali penat dgn ank2.Alhmdllh rezeki ALLAH nk bagi ada yg knl2 lin m'order kek...kek hantaran ni kwn fb lin Faiza Ab..nk kaler yg pastel sesuai la dgn tema fairytale n garden...