KEK LAPIS HAWFLAKES
10biji telo A
200g gula kastor
100g horlick
200g tepung hong kong
10sd besar susu pekat
1sd teh ovalette
1sd teh baking powder
500g butter
Hawflake secukupnya
1.pukul butter n gula hgga kembang.masukkn telo sebiji demi sebiji.pukul lg
2.masuk susu n ovalette.adun sebati
3.masuk horlick tepung yg diayak dgn baking.adun sebati.bahagikn kpd bberapa bahagian yg mahu dikalerkn.
4.letak ssenduk adunan.bakar api ats n bwh hgga kuning p suhu 180-200c.Dah masak tukar pakai api ats.letak ssenduk susun hawflake n bakar..buat hgga selesai..
KEK LAPIS OREO
Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm susu tepung
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
oreo secukupnya
Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan susu tepung, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan oreo.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.
Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")
KEK LAPIS CADBURY
Bahan-Bahan
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya (saya gunakan cokelat Van Houten)
Cara:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4) Bakar lapisan pertama hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.
Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")
KEK LAPIS HERSYE'S
450 gm mentega
150 gm gula halus
1 sudu teh ovalette
10 biji telur (saiz besar)
120 gm sekaya
1 tin (390 gm) susu pekat manis(lin kurgkn ni 1/2 je pakai)
100 g Horlicks
280 gm tepung HongKong
15 gm serbuk koko Hersheys(xletak pn)
sedikit pewarna purple
coklat secukupnya
KEK LAPIS CADBURY+OREO
450 gm mentega
150 gm gula halus
1 sudu teh ovalette
10 biji telur (saiz besar)
120 gm sekaya
1 tin (390 gm) susu pekat manis
100 g Horlicks
280 gm tepung HongKong
15 gm susu tepung
sedikit pewarna pink
cadbury n oreo secukupnya.oreo 2 dipatahkn
No comments:
Post a Comment