Wednesday 27 July 2011

PANDAN LAYER CAKE

Salam semua lame x update blog..sibuk sikit..dlm sibuk2 27hb julai adalah anniversari yg ke 4.Tgk ramai dh yg wat kek ni..jd lin skodeng2 kat blog juicycafe.Thanks kak jue.mintak halal ye.lin suke kek ni sedap banget...meh kite layan resepi die.Utk kek span 2 lin dh biase pakai resepi kaklong lyn...


bahannye;
BAHAN-BAHAN
130gm tepung kek (1 1/2 cwn)
130gm gula kastor (1cwn kurangkan manis)
5 biji telur (Grad A)
15ml ovelette (1sd besar)
80ml minyak atau marjerin cair (3/4 cwn)
jem bberry~untuk melapis kek
5ml baking powder (1/2 sd kecik)
pewarna oren~perasa oren + 2sudu besar oren sunqick
pewarna pink/merah~perasa s/berry
pewarna ij0~perasa pandan

CARA
1. Satukan tepung kek, gula kastor, telur dan ovelette dalam mangkuk adunan dan pukul laju selama lebih kurang 5 minit~jgn masukkan pewarna
2. Pukul sampai betul2 pekat n likat
3. Tuang minyak / marjerin cair kedalam adunan pukul lagi 3minit
4. bahagikan adunan kepada 3 bahagian ~merah , oren n ij0
5. Tuang satu adunan berwarna ke dalam tin pembakar, bakar selama 15-20 minit dengan penasan 170c ikut oven masing2.

Bhn2 kastard..
1050 ml santan
200 gm gula castor
10 gm serbuk jelly
1 sdk perasa pandan
100 gm tepung Hoen Kwee - warna hijau
75 ml jus pandan - kisar 4 helai daun pandan + 75 ml air - tapiskn
Secubit garam

Utk kastard..
1. Satukn semua bhn2 utk kastard dlm bekas tahan pns.
2. Masak atas air mdidih scara double boiler, gunakan wisk, kacau hingga pekat n berkilat.
3. Matikn api n biar suam sdkt sblm dlapis dgn kek.

Utk mbuat lapis pandan..
1. Gunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci. Tuang 1/3 adunan kastard n ratakn. Lapiskn dgn sekeping kek, tekan sdkt.
2. Tuang lagi 1/3 kastad n lapiskn dgn sekeping lagi kek. Ratakn biar memenuhi bhgn yg kosong.
3. Lapiskn lg dgn sekeping kek n kemudian kastard n d akhiri dgn kek.
4. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
5. Kemudian masukkn dlm peti sejuk skurang2nya 1 jam.
6. Keluarkn kek dr acuan, kalu x bule keluarkn sejukkn semula dlm 1 jam lg n salut dgn kelapa kering.
7. Bahagian yg berkastard d atas n kek dbwh. Ini bmakna kek dmulai dgn bhgn kastard n akhir dgn kek.
8. Gunakn tin utk mbakar kek td, cuci tp x payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, kemudian keringkn, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin masih ada n ini memudahkan kek yg telah dlapis dgn




Sunday 17 July 2011

KEK CHIFON PANDAN

Thanks la kpd tuan puye resepi kek ni...lmbut sgt.besar pulak 2 siap berbagi2 dgn jiran.Izinkn lin C&P resepi di sini ye....


* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat(170ml)
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Peringatan utk ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit



Saturday 2 July 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (as guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
2 sdb fresh milk

CARA MEMBUATNYA :-

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

biarkan sejuk dalam peti ais supaya senang nak potong selama 45 min sebelum
dipotong

KEK MARBLE

Terase muak pulak asik mkn kek yg krim2 ni...xla afsal tekak ni tibe2 je cmni...ape2 pn selamat mencuba resepi ni..gebusss je...

Bhn2:
1cwn majerin@butter
3/4cwn gula kaster
100ml susu segar
1sd teh esen vanila
2cwn tepung gndum-ayak dgn 1sd teh baking pwder
4bj telo
1sd bsr susu pekat
1sd teh ovalette

pukul majerin,gula n ovalette hgga kembang.masukkn telo n esen pukul lg.kmudian masuk susu segar n susu pekat.gaul sebati.masukkn tepung yg diayak dgn baking pwder.adun rata.bahagikn kpda beberape bahagian.msuk pewarna.griskn loyang masuk sesenduk adunan dr tgh2 loyang.selang selikn dgn warna yg lain.dh siap amik copstick buat bentuk 8 3-4kali.bakar 170-180c hgga masak.